Tuesday, August 23, 2011

Raya...

Assalamualaikum wbt..
Hari ni hari ke-23 kite umat Islam menjalankan ibadah puasa...bila dah puasa tentu sibuk nak beraya...semua dok sibuk menghitung hari nak bercuti, nak balik kampung, nak buat persiapan raya...bagi aku persiapan raya tahun ni sederhana je seperti tahun-tahun yang lepas..

weekend lepas temankan parents beli sedikit persiapan raya aku terjumpa sampul duit raya ni...unik..aku sempat rembat sebungkus 2 untuk diguna raya nanti..alhamdulillah ade rezeki lebih tahun ni boleh bagi duit raya kat budak2.....
tadi aku sempat gak rembat kad raya ni..setiap tahun aku beli kad raya (walaupun x bagi kat sape2 pun)...bagi aku raya xlengkap kalau tak de kad raya...kad raya ade sentimental value nye tersendiri walaupun zaman ni pelbagai kad raya maya boleh kite peroleh..MMS,E-kad dan macam2 lagi la..agak2 ade lagi tak kawan2 aku yg akan bagi kad raya mcm ni tahun ni?..ape pun untuk semua, selamat menghabiskan hari-hari terakhir ramadhan dan semoga kita menjadi hamba terpilih untuk bertemu dengan Lailatul Qadar..Aminnn

No comments:

Post a Comment