Saturday, March 31, 2012

Rajuk hati seorang ibu..

Assalamualaikum wbt...

Semalam tersentuh hati melihat seorang sahabat menitis air mata kerana anaknya...walaupun sang anak tidak bermaksud untuk mengguriskan hati sang ibu, tp hanya kerana 1 perkataan, 1 kelakuan yang diluar kawalan menyebabkan sang ibu begitu terasa sehingga menitis air mata...sang ibu tahu anaknya bukan untuk bersikap kurang ajar tetapi hati itu tetap telah terguris...

sabar la wahai sang ibu..anak mu meningkat dewasa..anak mun ingin bebas..anak mu merasakan ini masanya untuk berdiri kaki sendiri..anak mu ingin belajar erti kehidupan di luar sana..anak mu ingin membuat keputusan sendiri...

wahai sang anak, ibu mu bukan mengongkok hidup mu..ibu mu sangat sayang pada mu..ibu mu tak rela mendengar dirimu mengeluh apabila berasa susah untuk berdepan dengan masalah di luar sana...ibu mu sangat mudah terusik..hati2 dengan kata-kata mu, kelakuan mu..ibu mu tahu dirimu bukan ingin menjadi anak derhaka, tetapi hati ibu mu tetap telah terguris..jagala kata-katamu, kelakuan mu wahai sang anak...tiada yang lebih indah di dunia ini selain restu daripada ayah dan ibu mu..




2 comments:

  1. Seperti ibu, anak juga x mungkin sengaja menyakiti hatimu ibu... Namun dek kedangkalan akal, kekalutan nafsu muda, keriuhan hati dan tsunami iman; sang anak tanpa sedar menyentak robek naluri hati ibu. Wahai ibu yg di rahmati Allah; kasihanilah anakmu, ampunilah dia dan selamatkanlah dirinya dari api neraka. Duhai anak permata hati ibu; awasi tingkahmu, ubati jeruk hati ibu mu, lihatlah tindakan ibu mu dr wadah positif dan semoga kamu bahagia di kemundian hari.

    ReplyDelete
  2. yup...kadang2 sebagai anak kite lupa, leka...tanpa kite sedar kite melukakan hati sang ibu atau bapa..

    ReplyDelete